Friday, April 30, 2010

Pantun Merepek

Pergi ke kedai Pak Latih,
Membeli pisang dan sebungkus gula;
Kegiatan merepek mudah ketagih,
Sekian gemar merepek gila.

Duduk di sofa menikmati kerepek,
Sebelum makan cuci tangan dahulul
Kalau hendak belajar merepek,
Hendaklah mahir merepekpek dulu.

Pak Itam pandai mengukir,
Hasil karyanya sentiasa halus;
Seni merepek sukar dimahir,
Kalau mahir mesti seorang genius.

Tinggal di sana ada seorang apek,
Sukanya duduk di sebuah tunggul;
Sehingga sini sajalah sekian merepek,
Kerana merepek merupakan seni terunggul.

No comments:

Post a Comment