Friday, April 30, 2010

Pantun Merepek

Pergi ke kedai Pak Latih,
Membeli pisang dan sebungkus gula;
Kegiatan merepek mudah ketagih,
Sekian gemar merepek gila.

Duduk di sofa menikmati kerepek,
Sebelum makan cuci tangan dahulul
Kalau hendak belajar merepek,
Hendaklah mahir merepekpek dulu.

Pak Itam pandai mengukir,
Hasil karyanya sentiasa halus;
Seni merepek sukar dimahir,
Kalau mahir mesti seorang genius.

Tinggal di sana ada seorang apek,
Sukanya duduk di sebuah tunggul;
Sehingga sini sajalah sekian merepek,
Kerana merepek merupakan seni terunggul.

Syair Dunia Mimpi

Ikan berterbangan burung berenanh,
Itik menyanyi katak menari,
Sampailah hari menjadi senja,
Barulah semua pulang ke rumah.

Cacing menyalak singa mengiau,
Dunia umpama sebuah khayalan,
Apa yang saya sedang merepek ni,
Dunia mimpi memanglah khayalan.

Berlompat-lompat di atas rumput,
Badan berasa teramat ringan,
Seperti macam Neil Armstrong tu,
Umpama berada di atas bulan.

Teramat riang di alam mimpi,
Berasa macam berada di syurga,
Tiba-tiba kepalaku terasa sakit,
Rupa-rupanya mak suruhku bangun.

Pantun Laluan ke Neraka

Nampak Abu asyik menggaru,
Tepuk tangan membunuh nyamuk;
Kita patut makan lebih keju,
Supaya boleh menjadi gemuk.

Kucingnya suka memakan ikan,
Beliau suka mencakar tuannya;
Ternampak kucing di tepi jalan,
Terus pergi pijak ekornya.

Adik saya suka bermain,
Gemar bermain dengan monyet;
Terjumpa dompet di depan kedai,
Keluarkan duit koyakkan dompet.

Duduk kereta pergi ke Melaka,
Jumpa doktor mencabut gigi;
Tahulah cara pergi ke neraka,
Jadi buat apa nak tunggu lagi!

Sajak Burung-burung

Fikiranku berasa teramat kosong,
Memandang ke luar jendela bilik,
Ternampak sekawan burung berterbangan tinggi,
Segera terasa betapa iri hatiku.

Burung layang-layang bernama Swallow,
Maksudnya dia ni suka sangat makan.
Burung pipit dikenali sebagai Sparrow,
Sepupunya Jack seorang lanun.
Burung merak sangat suka mengintip,
Di ekornya ada banyak mata-mata.
Burung helang sangat garang,
Lagi garang daripada guru disiplin.
Burung merpati sangat gemuk,
Mukanya pun macam bodoh-bodoh.
Burung hantu sangat menakutkan,
Tengok nama pun tahu dahlah!

Tiba-tiba saya tersedar,
Kenapa saya boleh berkhayalan burung,
Padahal di depan mataku ialah telur goreng.